Friday 21 November 2014

no 2 - tawakkal

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL



Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata:
"Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal".


Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T.

Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Imam Ali pernah berkata:
"Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba kepada Allah, bergantung pada kadar kepercayaannya kepada Allah S.W.T"


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal".
(Ali Imran: 160).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal".
(At Taubah: 51).



Thursday 20 November 2014

no 1 - bermulanya segala cerita

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Asalamualaikum.

Ini adalah kali pertama aku menulis blog.

Segalanya akan bermula disini...

Makanya akan ada lah cacat celanya.
Jadi awal nya aku minta maaf sebab kekurangan yang bakal hadir.

Dah lama sebenarnya aku trfikir nak menulis blog agar suatu hari akan ada yang nengingati diri,bila aku tiada. Mcm cliche plak ayat ni kan.
Lately terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku,yang membuatkan aju jadi sedikit matang & belajar erti kehidupan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapi aku selalu terfikir mengapa aku harus bersedih dgn perkara yg dah lepas.

Allah jadikan bibir ini untuk mengukir senyuman dan bersedekah. Mata untuk melihat alam indah ciptaanNya. Supaya hati ini sentiasa bersyukur setiap saat.

Hanya apa yang aku harapkan  agar tahun 2015 akan lebih baik daripada tahun ini. Setiap hari aku berdoa agar Allah memudahkan segala urusan harian aku,suami aku adik beradik aku,ibu bapa aku & ahli keluarga aku yang lain. Semoga urusan kami dipermudahkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berbaliklah kepada Allah yang Maha Berkuasa,nescaya engkau tak akan bersedih.

...

Dhuha Maisarah . Lahirnya seorang al-hafizah.
Semoga dilembutkan hati untuk hadam ilmu Allah.
Dilembutkan lidah untuk membaca hadith dan Al-Quran.
Doa ibu untuk mu anakku.
31.12.2014 10pagi
 ...

360 hari kau sihat
5hari kau sakit
Dan kau seru
"Tuhan ,sakit apakah ini.
 Aku dah tak larat.
Aku dah tak mampu."

29hari kau bersuka ria
1hari kau dirundung duka
Dan kau mengeluh
"TakdirMu ini apa sebenarnya"

20jam perut kau penuh dipenuhi inti
4jam tiada nasi
Kau menangis
"Tuhan,aku lapar nasi"

Apa kau tak malu pada
Tuhan yang Maha Memberi?

Syukurlah dulu
Nanti Dia tambah lagi
Senyum